Profil Sekolah


VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
[*]     Meningkatkan Prestasi Dan Potensi Murid Dalam Akademik Dan Kokurikulum

[*]     Membina Serta Mempraktik Nilai-Nilai Agama Dan Moral Dalam Kalangan Warga Sekolah

[*]     Mewujudkan Suasana Dan Persekitaran Sekolah Yang Kondusif, Bersih Dan Ceria Sepanjang Masa

[*]     Memartabatkan Profesionalisme Guru Supaya Sentiasa Disanjung Dan Dijulang Tinggi

[*]     Meningkatkan Kemahiran Diri Serta Sikap Berdikari Supaya Berdaya Saing Dan Berupaya                 Memanfaatkan Ruang Dan Peluang yang ada.

[*]     Menjalinkan Hubungan Muhibah Warga Sekolah Dengan Penduduk Setempat Serta Organisasi Kerajaan Dan Bukan Kerajaan





SEJARAH ASAL USUL SEKOLAH

     Asal usul nama Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong ialah dari nama bersempena dengan sebatang sungai yang dinamakan Sungai Maong. Sekolah ini mula beroperasi pada 3 Januari 1983. Pada masa itu, sekolah ini Cuma menumpang di kawasan Sekolah Rendah Combined, Jalan Nanas Barat Kuching.
Pada mulanya SMK Sungai Maong hanya mempunyai 4 buah bilik kelas dengan jumlah 183 orang pelajar, 7 orang guru dan seorang pembantu makmal. Pengetua yang pertama ialah Encik Wong Tau Siang.

     Pelajar-pelajar yang menuntut di SMK Sungai Maong kebanyakannya berasal dari kawasan sekitar Kampung Kudei, Kampung Sungai Maong, Jalan Kulas, Kampung Semerah Padi pada awal penubuhannya. Setelah 7 tahun menumpang di kawasan SRK Combined, akhirnya SMK Sungai Moang berpindah ke bangunan baru di Jalan Pisang Barat, Kuching pada Disember 1990.

SMK Sungai Maong memulakan kelas tingkatan 3 pada tahun 1985. Kelas Tingkatan 5 Aliran Sastera dimulakan pada tahun 1993 manakala Tingkatan 5 Aliran Sains dimulakan pada tahun 1998.



PENGETUA-PENGETUA SMK SUNGAI MAONG

1.        Encik Wong Tau Siang  ( 1983-1985 )

 

2.        Encik Dr. Shahri Abdul Rahman  ( 1985 )

 

3.        Encik Muhi Haji Umi ( Pemangku ) ( 1985 )

 

4.        Encik Che Mat bin Mohamad ( 1986-1987 )

 

5.        Tuan Haji Rani Ojek  ( 1987-1991 )

 

6.        Encik Christopher Tan  ( 1991-1995 )

 

7.        Pn Eunice Chew ( 1995 – Mac 2005 )

 

8.        Encik Thung Shin Chuan ( Pemangku ) ( Mac 1995- Julai 1995 )

 

9.        Puan Helen Tan Piak Hua ( Julai 2005-Jan 2011 )

 

10.    Puan Lucy ak Kelon ( Pemangku ) ( Februari 2011- April 2011 )

 

11.    Tuan Haji Mohamed Pauzan bin Nuruddin ( Mei 2011- Februari 2014 )

 

12.    Puan Lucy ak Kelon ( Pemangku ) ( Februari 2014 - Mac 2014 )

 

13.    Puan Setia binti Ken (Mac 2014 - Jan 2017 )

 

14.    En Suhaimi bin Mohd Mohtar ( Jan 2017 - Jan 2021 )

 

15.    Cik Lim Siew Hoon ( Jan 2021 - Nov 2022)


16.    Puan Chai Siew Ju (Pemangku) ( Nov 2022 - Ogos 2023 )


17.    En Lau Yok Huck ( Ogos 2023 - sekarang )




LOGO SEKOLAH




LAMBANG-LAMBANG YANG TERDAPAT PADA LOGO SEKOLAH
BERUSAHA, BERILMU, BERBAKTI

OBOR
MASA DEPAN YANG CERAH

KUNCI/PENSEL/BUKU
KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN SEBAGAI
KUNCI KEPADA KEJAYAAN

KUNING
KEHARMONIAN

MERAH
KEBERANIAN DAN KETEGASAN

HITAM
KEASLIAN SERTA WARNA ASLI BAGI SUKU KAUM DI NEGERI
SARAWAK




LAGU SEKOLAH


* SEKOLAH KEBANGGAANKU*


Dengan semangat yang tersemat di dada,
Bagaikan api yang sedang membara,
Impian kami hanyalah satu,
Agar berjaya dan sentiasa maju.

Sekolahku SMK Sungai Maong,
Tentunya melahirkan generasi sungguh,
Cemerlang, Gemilang dan Terbilang,
Agar wujud semangat perjuangan

Sekolahku yang indah harmoni dan permai,
Sistem Pendidikan yang berwawasan,
Menghasilkan insan berdaya tinggi,
Bagi memenuhi segala inspirasi.

Marilah kita berdoa bersama,
Kerana ilmu pedoman hidup,
Berjasalah kita kepada sekolah,
Berusaha, Berilmu Dan Berbakti


IKRAR PELAJAR

Bahawasanya kami, pelajar SMK Sungai Maong, berikrar akan sentiasa
Menggembleng tenaga, ke arah
Kecemerlangan ilmu
Patuh menerima teguran, dan Bimbangan guru
Mengamalkan nilai-nilai murni dan Agama,
Peka menerima inovasi sains dan Teknologi,
Menyemarakkan perasaan sepunya,
Terhadap pemimpin,
Rakan dan sekolah



Klik untuk memuat turun
3.   Ibu Pertiwiku