Friday, February 19, 2021

Pasukan bomba telah melaksanakan nyah kuman untuk persediaan calon peperiksaan SPM

Persediaan calon peperiksaan SPM, 3 pasukan bomba telah melaksanakan nyah kuman di setiap blok peperiksaan termasuk kantin, tandas, bilik guru. Proses nyah kuman akan diteruskan setiap hari peperiksaan sehingga tamat SPM. 

Calon SPM yang tinggal di Kampung Sungai Maong tidak akan menduduki peperiksaan sehingga tamat PKPD iaitu 2.3.2021 dengan syarat 2 swab tests NEGATIF untuk kertas mata pelajaran yang selanjutnya. Pihak sekolah bersama PPD Padawan akan bantu mereka dalam permohonan menduduki SPM semula bagi kertas sebelum itu. 




Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) V2.0

Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) V2.0 akan berkuatkuasa mula 22.02.2021sehingga 02.04.2021


















Monday, February 1, 2021

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021 (RM100)

PEMILIHAN / KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAH (BAP) :

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) 
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.


Dengan itu, pihak sekolah memohon kerjasama  ibu bapa/penjaga yang layak memohon mengikut tatacara di bawah agar pengagihan BAP dapat berjalan dengan lancar.

(1) Kemaskini data pendapatan ibu bapa/penjaga dalam APDM di http://public.moe.gov.my

ataupun hubungi guru tingkatan untuk kemaskini pendapatan terkini selewat-lewatnya pada 5/2/2021.


(2) Guru tingkatan akan hubungi ibu bapa/penjaga murid yang memenuhi syarat pada 9/2/2021.


(3) Ibubapa/penjaga yang memenuhi syarat perlu muat turun dan cetak Borang PB1(Permohonan Bantuan) & Borang PB2 (Pengesahan Pendapatan) melalui portal rasmi sekolah http://smksungaimaong.blogspot.com ataupun mendapatkan borang tersebut di pejabat sekolah mulai 11-16/2/2021.


(4) Ibu bapa/penjaga perlu membawa dokumen yang lengkap dengan pengesahan pada hari pengagihan duit. 

~ fotostat Kad Pengenalan murid dan ibubapa/penjaga

~ salinan slip gaji terkini bapa ibu/penjaga 

~ Borang PB1 (Permohonan Bantuan)

~ Borang PB2 (Borang Pengesahan pendapatan) jika tiada slip gaji 


***Tarikh pengagihan BAP akan di kemaskini kemudian.

***Murid T5 kohort 2020 tidak termasuk dalam BAP 2021. 


CARA MENGEMASKINI MAKLUMAT PROFIL MURID DALAM APDM 2021


如何在APDM 轻轻松松的更新学生资料



Muat turun Borang PB1(Permohonan Bantuan) & Borang PB2 (Pengesahan Pendapatan) dengan klik link di bawah:

1. Borang PB1 (depan)

2.     Borang PB1 (belakang)

2.     Borang PB2 (jika tiada slip gaji)